ArtikelKesihatan

Aktiviti berstruktur untuk kanak-kanak ADHD

Kajian menunjukkan kanak-kanak ADHD mempunyai masalah kurang penumpuan, hiperaktif, impulsive di dalam aktiviti yang tidak berstruktur (Verret., C et al., 2010). Oleh itu, aktiviti berstruktur mungkin boleh membantu meningkatkan kapasiti otot,skil motor , pengurusan tingkahlaku serta keupayaan untuk memproses maklumat.

Aktiviti berstruktur ialah:

  • Aktiviti yang dirancang dan mempunyai matlamat
  • Direka mengikut keupayaan perkembangan kanak-kanak

Aktiviti berstruktur untuk latihan kehidupan harian,  boleh melibatkan penggunaan jadual waktu. Bagi aktiviti baru, ianya dipecahkan kepada kompenan yang lebih kecil  dan disertakan dengan arahan yang ringkas dan mudah difahami, dalam bentuk gambar atau tulisan.

Kegagalan melaksanakan aktiviti harian yang berstruktur, boleh menyebabkan kanak kanak ADHD menjadi lebih agresif dan sukar dikawal.

Tip Untuk Memilih Aktiviti

  1. Aktiviti yang membolehkan kanak- kanak melibatkan diri tersebut turut serta secara aktif (Hands-On). Contohnya :
  • Berkebun adalah aktiviti ringkas yang boleh dilakukan di rumah, ia membolehkan kanak-kanak meningkatkan kefungsian tangan melalui aktiviti mengangkat, mencungkil, mengorek tanah, menanam, menyiram tumbuhan.
  • Melawat muzium dimana terdapat pameran yang boleh mereka sertai serta meneroka melalui sentuhan. Ini lebih interaktif & memberi kesan berbanding dengan apa yang dilihat tanpa boleh disentuh .

2. Penumpuan Secara Individu

  • Aktiviti secara individu dapat meningkatkan penumpuan berbanding kumpulan.  Di mana kanak-kanak mungkin tidak dapat menapis banyak gangguan di sekelingnya.
  • Interaksi secara individu ini membolehkan guru/jurulatih, mereka program yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak serta mengambil kira ”temperament” kanak-kanak tersebut.

3. Perhubungan Yang Terapeutik

  • Ini penting untuk membantu kanak-kanak mengenali kesan kehadiran dan perubahan dalam sesuatu aktiviti yang dimainkan. Ini dapat membantu kanak-kanak untuk berasa selamat dan percaya permainan yang dimainkan itu boleh dipraktis.
  • Mencipta suasana bergelak ketawa, mempamerkan sikap penyayang boleh melahirkan suasana gembira, dan kanak-kanak juga akan lebih bersedia menerima arahan seterusnya melakukan aktiviti untuk mencapai matlamat yang telah dirancang.

Perkara yang boleh dan yang tidak boleh dilakukan sepanjang program aktiviti berstruktur untuk kanak-kanak ADHD

Sumber : myhealth.gov.my  

Tags
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close