Dunia Buku

Apa Ertinya Saya Menganut Islam?

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam secara menyeluruh (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”
(Al-Baqarah: 208)

Buku ini adalah terjemahan daripada kitab Madza Ya’ni Intima’i Lil-Islam hasil tulisan Sheikh Dr. Fathi Yakan. Buku ini sudah lama berada di pasaran, namun pihak @nurelhikmah mengambil inisiatif untuk membuat terjemahan baru agar terjemahan yang terkini lebih segar dan tepat. Buku ini setebal 272 muka surat dan berwarna.

Kitab ini mengandungi dua bahagian. Bahagian pertama membentangkan kepada para pembaca ciri-ciri yang wajib dilengkapkan pada peribadi setiap muslim untuk menjadi seorang muslim yang sebenar dengan memiliki sifat-sifat tersebut. Jadi, bahagian ini menerangkan syarat-syarat yang wajib dilengkapi oleh setiap orang yang berpegang dengan agama ini.

Bahagian kedua kitab pula menerangkan tentang kewajipan beramal untuk agama Islam dan menggabungkan diri dengan gerakan Islam. Sebagaimana dibentangkan padanya ciri-ciri sebuah gerakan Islam, matlamat-matlamatnya, wasilah-wasilahnya, falsafahnya, cara pengamalannya dan sifat-sifat yang perlu ada bagi kelompok yang menggabungkan diri kepadanya.

Tags
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also

Close
Close