Dunia BukuFaris ZulkharnaneHeliza HelmiUstaz Syed Kadir Aljoofre

Ayat-Ayat Cinta Dari Tuhan

“Sesungguhnya, seseorang itu akan bersama dengan siapa yang dicintaiNYA.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Mencari cinta bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai jalan yang berliku bakal dilalui oleh si pencari cinta.

Tapi, apakah cinta yang sejati itu?

Para pengembara cinta melalui pelbagai onak duri demi mencari cinta kepunyaan Tuan Empunya Segala Cinta! Hiduplah untuk diri demi cinta yang hakiki. Ia sudah ada dalam dirimu saat engkau diciptakanNYA.

Buku ni menghimpunkan 33 cerita dari 3 orang penulis iaitu ustaz @syedkadir, @helizahelmi dan @fariszulkharnane. 33 cerita termasuklah kisah benar, kisah motivasi serta cerita tentang para ulama’.

Buku Ayat-Ayat Cinta Dari Tuhan ini mengandungi 224 muka surat berwarna dan berillustrasi menarik yang sesuai dibaca pada semua peringkat umur.

Benarlah, cinta Allah mengatasi kemurkaanNya seperti mana yang disebut dalam hadis qudsi sahih. Rahmat dan kasih sayang Allah di dunia ini hanyalah satu peratus sahaja.
Lagi 99 peratus?
Allah curahkan di akhirat nanti. Allahu.

“Bila Tuhan Berbicara, Hatiku Disentuh CintaNya.”

Tags
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close