Artikel
Trending

Bermula Perkiraan Tahun Hijrah

Pada zaman khalifah Amirul Mukminin Umar bin Al-Khattab Radhiallahu ‘anhu beliau sering memantau pegawai-pegawai serta gabenor-gabenor di sekitar Tanah Arab dengan mengutus surat. Apabila beliau ingin meminta perkembangan surat yang diutus, beliau pernah bertanya kepada Abu Musa Al-Asy’ari yang merupakan gabenor di Yaman tentang surat yang diutus kepadanya. Lalu Abu Musa bertanya semula kepada Amirul Mukminin akan surat yang mana satu kerana semua surat tidak bertarikh. Lalu beliau mengumpulkan para sahabat untuk berbincang dari permulaan kalendar Islam. Perkara ini berlaku pada tahun 15 Hijriah, maka muncullah berbagai pendapat di antaranya :

Dikira dari kelahiran Rasulullah ﷺ
Dikira dari kewafatan Rasulullah ﷺ
Dikira dari hijrahnya Rasulullah ﷺ
Dikira dari kerasulan Rasulullah ﷺ

Dan semua pendapat ini diputuskan oleh Amirul Mukminin bahawa bermula perkiraan tahun Islam adalah dari hijrahnya Baginda ﷺ kerana sejak disyari’atkan hijrah, Allah subhanahu wa ta’ala memilih antara yang haq dan yang batil. Pada ketika itu pula, awal penubuhan negara Islam.

Dipetik daripada buku ’10 Hari Kebesaran Islam’, tulisan Ustaz Rusydi Ramli Al-Jauhari

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close