ArtikelFaris ZulkharnaneMotivasi
Trending

Beza ‘Alim dan ‘Abid

Pada masa dahulu, ada seorang lelaki yang pernah membunuh 99 orang. Lalu dia bertanya tentang orang-orang yang paling ‘alim di muka bumi. Maka, dia ditunjukkan kepada seorang ‘abid. Lantas dia pun mendatanginya dan berkata,

“Jika seseorang itu telah membunuh 99 orang, apakah taubatnya diterima?”

‘Abid tersebut pun menjawab,

“Orang seperti itu tidak akan diterima taubatnya.”

Lalu lelaki tersebut membunuh ‘abid itu dan genaplah 100 orang yang telah dibunuh. Kemudian dia kembali lagi bertanya tentang orang yang paling ‘alim di muka bumi. Dia pun ditunjukkan kepada seorang ‘alim. Lantas dia bertanya kepada ‘alim tersebut,

“Jika seseorang telah membunuh 100 orang, apakah taubatnya masih diterima?”

Orang ‘alim itu pun menjawab,

“Ya, masih diterima. Siapakah yang akan menghalangi antara dirinya dengan taubat? Berpindahlah dari tempat ini dan pergi ke tempat yang jauh di sana kerana di sana terdapat sekelompok manusia yang menyembah Allah, maka sembahlah Allah bersama mereka. Dan janganlah kamu kembali ke tempatmu (yang dahulu) kerana tempat tersebut adalah tempat yang amat buruk.”

Lelaki itu pun pergi (menuju ke tempat yang ditunjukkan oleh orang ‘alim tersebut). Ketika sampai di tengah perjalanan, maut pun menjemputnya. Maka, terjadilah perselisihan antara malaikat rahmat dan malaikat azab.

Malaikat rahmat berkata,

“Orang ini datang dalam keadaan bertaubat dengan menghadapkan hatinya kepada Allah.”

Namun malaikat azab berkata,

“Orang ini belum pernah melakukan kebaikan walau sedikit pun.”

Lalu datanglah malaikat lain dalam bentuk manusia, mereka pun sepakat untuk menjadikan malaikat ini sebagai hakim bagi menyelesaikan perselisihan mereka. Malaikat ini berkata,

“Ukurlah jarak kedua tempat tersebut (jarak di antara tempat buruk yang dia tinggalkan dengan tempat baik yang dituju). Jika jaraknya dekat, maka ia yang berhak ke atas orang ini.”

Lalu mereka pun mengukur jarak kedua tempat tersebut dan mereka mendapati bahawa orang ini lebih dekat dengan tempat yang dituju. Orang itu kemudiannya diambil oleh malaikat rahmat.

Tags
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close