ArtikelDunia Buku

C’est La Vie

“Kekayaan itu bukanlah pada banyaknya harta benda, akan tetapi kekayaan yang hakiki adalah dengan kayanya jiwa.”
(Riwayat Bukhari)

Siapa kata hidup ini mudah? Hidup ini penuh mehnah dan masalah. Namun yakinlah bahawa setiap ujian yang diperoleh tanda sayangnya Tuhan pada kita.

C’est La Vie ini berasal daripada perkataan Perancis dan membawa maksud ‘INILAH KEHIDUPAN.’

Buku karya Safura Tawil ini merupakan kompilasi beberapa kisah dan pengalaman beliau sendiri yang menjadikan beliau seorang chef yang serba boleh. Buku ini dimuatkan dengan untaian kata-kata hikmah berserta perkongsian resipi-resipi.

Tajuk buku ini dipilih kerana penulis merasakan kepentingan bagi setiap orang untuk mengambil sesuatu yang baik dari setiap perkara yang berlaku. Selain itu, kita perlu sentiasa belajar daripada setiap insan yang hadir pada setiap fasa kehidupan kita.

“Life is not about you and me, but it’s about us.”
Safura Tawil

Dalam hal-hal dunia, bandingkan diri dengan siapa yang dibawahmu, semoga terinsafi.
Dalam hal-hal akhirat, bandingkan dirimu dengan siapa yang diatasmu, semoga termotivasi.

Tags
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also

Close
Close