Dunia BukuUstaz Syed Kadir Aljoofre

#Deep (100 Status Sebelum Mati)

“Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.”
(Ar-Ra’d:28)

“Tazkirah Hati Agar Tidak Mati”


Apabila ada kawan kita yang meninggal dunia, mungkin kita pernah baca apa status terakhir dia. Apa status orang lain yang dia ‘LIKE’ untuk kali terakhir? Pernah tak kita terfikir, apa pula status aku yang terakhir sebelum aku mati? Apakah gambar terakhir yang aku ‘LIKE’ di instagram, facebook, twitter dan sebagainya?  

Kekerapan melakukan dosa dan memandang ringan terhadap dosa adalah antara faktor yang menyebabkan kekerasan hati. Apatah lagi memandang remeh terhadap taubat dalam kehidupan.

Syekh Ibn A’toillah Assakandari membicarakan hikmahnya dengan menyebut,

“Sebahagian daripada tanda matinya hati adalah tidak merasa sedih kerana meninggalkan amalan kewajipan atau kebaikan dan tidak menyesal atas sesuatu pelanggaran dosa.”

Sahabat Rasulullah yang bernama Ibnu Masu’d berkata, “Orang mukmin melihat dosa pada dirinya seolah-olah dia berada di bawah bukit yang akan menghempapnya, manakala orang munafik melihat dosanya umpama lalat yang hinggap diatas hidungnya lalu menepis dengan tangannya sahaja dan terbanglah lalat tersebut.”

Buku #DEEP tulisan Ustaz Syed Kadir Aljoofre dan Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani ini mengumpulkan status-status yang sangat deep & sentap untuk tatapan anda semua.

Tags
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close