Dunia Buku

Diari Haramain

“Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanaman-tanaman di rumahMU (Baitullah) yang dihormati ini. Ya Tuhan kami, jadikanlah mereka golongan yang mendirikan solat, jadikan hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan , mudah-mudahan mereka bersyukur.”
(Ibrahim :37)

Diari Haramain ini ditulis oleh Mohd Azli Abdullah hasil bertamu ke dua tanah haram, Tanah Suci Makkah dan Kota Bercahaya, Bumi Madinah. Diari ‘Jalan-jalan mencari Tuhan’ ini adalah catatan pengalaman penulis ketika menjadi mutawwif sekaligus menjadi tetamu Allah di kota suci.

Benar, semua orang akan mempunyai pelbagai pengalaman yang berbeza. Namun, ternyata pengalaman di dua kota haram ini pastinya menjadi kenangan abadi  yang sukar dilupakan.

Disini jualah, kita akan bertemu dari sekecil-kecil ujian sehinggalah sebesar-besar ujian.  Imanlah yang menjadi benteng untuk menghadapi setiap ujian dengan tenang dan sabar.

Rasulullah s.a.w bersabda,

“Allah s.w.t menurunkan 120 Rahmat kepada orang yang berhaji/berumrah di rumah Allah yang suci, 60 untuk yang bertawaf, 40 untuk yang solat dan 20 untuk yang menyaksikan atau melihat Kaabah.”
(Riwayat Al-Baihaqi)

Tags
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also

Close
Close