Faris ZulkharnaneKeluargaMotivasi
Trending

Dosa dan Paku

Suatu masa dahulu, ada seorang ahli sufi yang telah menasihati anaknya supaya jangan melakukan dosa walau sekecil mana pun, tetapi anaknya enggan mendengar nasihatnya itu dan tetap melakukan dosa juga.

Apabila anaknya melakukan satu dosa, ahli sufi itu akan memaku sebatang paku pada sebatang kayu sehinggalah ke sekian kali banyaknya sebagai simbolik kepada dosa yang telah dilakukan oleh anaknya itu.

Sehinggalah sampai pada suatu hari, anaknya diberikan hidayah oleh Allah untuk bertaubat. Lantas anak itu mendapatkan ayahnya dan memberitahu hajatnya untuk bertaubat. Ahli sufi itu menyuruh anaknya bertaubat dengan sebenar-benar taubat.

Pada suatu hari, ahli sufi tersebut menyuruh anaknya itu mencabut paku-paku pada kayu di mana dia pernah memaku sebatang paku setiap kali anaknya itu melakukan dosa pada waktu dahulu. Anak itu akur dengan perintah ayahnya dan mencabut semua paku yang ada pada kayu tersebut, kemudian ahli sufi itu berkata :

“Lihatlah, dosamu ibarat paku-paku ini, walaupun telah tertanggal paku-paku ini daripada kayu, tetapi kesan pada kayu ini masih ada. Lubang sana, cacat sini.”

“Begitulah ibarat dosa yang telah engkau lakukan, apabila bertaubat, ia akan hilang, tetapi ia tentu akan meninggalkan kesan pada diri individu yang melakukan dosa-dosa tersebut. Contohnya, akan terkenang-kenang kembali maksiat itu yang berkemungkinan boleh berlaku lagi.”

Taubat daripada segala dosa adalah wajib. Sekiranya maksiat tersebut hanya di antara manusia dan Allah iaitu tidak berhubung kait dengan hak-hak anak Adam, maka terdapat 3 syarat daripada Imam An-Nawawi :


1. Meninggalkan maksiat.

2. Menyesal dengan perlakuan maksiat tersebut.

3. Berazam tidak akan mengulanginya untuk selama-lamanya.

Sekiranya gugur salah satu daripada syarat tadi maka taubat tersebut tidak sah. Jika maksiat itu berkaitan dengan anak Adam maka syaratnya ada 4. Tiga telah disebutkan di atas tadi dan yang ke-4 :

4. Minta pelepasan daripada tuan empunya.

Sayyidina Ibn ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata, Aku mendengar Rasulullah bersabda,

“Jika kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, kalian pasti akan di beri rezeki seperti mana burung di beri rezeki. Kalian keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan pulang dalam keadaan kenyang.”
(Riwayat Tirmidzi)

Tags
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close