Dunia Buku

Dyspnea Kehidupan 2

“Demi masa! Sesungguhnya manusia benar-benar dalam kerugian kecuali mereka yang beriman, beramal soleh, berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran.”
(Al-‘Asr: 1-3)

Dyspnea atau dispnea (terma medikal) sering disebut sebagai shortness of breath (SOB) iaitu keadaan yang dirasakan ketika bernafas namun seolah-olah tidak cukup nafas (Sesak nafas).

Kehidupan ini juga ada hentinya. Kita telah diperingatkan dan akan terus diingatkan bahawa wujudnya satu momen bernama KEMATIAN yang akan hadir merentap nikmat kehidupan daripada kita.

JADI, PERLU ATAU TIDAK UNTUK ADA PEGANGAN DAN PEDOMAN?


Manusia-manusia yang tiada hala tuju seringkali berbuat sesuka hati dengan kehidupan mereka. Iya, bebas sebebas-bebasnya. Mereka melakukan kerosakan, tidak mempedulikan sekeliling kerana mereka rasakan kehidupan ini milik mutlak mereka.

Namun hakikatnya, kehidupan ini milik mutlak Allah s.w.t.

Kita takkan pernah tahu apa yang akan jadi seminit lagi selepas saat ini, apatah lagi sehari selepas hari ini atau setahun dari sekarang.
Moga Tuhan tunjukkan jalan, moga Tuhan mudahkan setiap jalan.

“Hidup ini adalah belajar. Belajar bersyukur, memahami, sabar, setia, memberi, mengasihani, percaya dan belajar ikhlas walaupun susah!”
(Hada Saharudin)

Tags
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also

Close
Close