ArtikelMotivasi
Trending

Gembirakan Peminum Arak Itu Di Syurga

Salah seorang tokoh besar kurun kedua hijrah di Iraq bernama Abu Mahfuz Ma’ruf Al-Karkhi Al-Baghdadi. Beliau adalah seorang wali Allah yang terkenal zuhud dan wara’, serta sangat banyak kata-kata hikmah.

Suatu hari ketika beliau berdiri di tepi Sungai Dajlah di Baghdad, lalu sebuah bot. Di dalam bot tersebut beberapa orang yang sedang bersuka ria dengan alat muzik dan meminum arak.

Sahabat-sahabat beliau berkata kepada beliau,

“Lihatlah kepada mereka yang berada di bot itu melakukan maksiat kepada Allah! Doalah kepada Allah ke atas mereka agar mereka ditimpa balasan.”

Imam Ma’ruf terus mengangkat kedua-dua tangan beliau dan berdoa,

“Ilahi, Tuhanku, aku memohon kepadaMu agar Engkau menggembirakan mereka di akhirat seperti mana Engkau gembirakan mereka di dunia.”

Terperanjat sahabat-sahabat beliau mendengar doa tersebut. Mereka terus berkata,

“Kami minta kepadamu untuk mendoakan balasan ke atas mereka, bukan berdoa untuk mereka.”

Imam Ma’ruf menjawab,

“Apabila Allah menggembirakan mereka di akhirat bermakna Allah telah memberikan taubat kepada mereka, dan kalian tidak rugi apa-apa pun.”

Betapa suci hati beliau yang hanya inginkan kebaikan untuk manusia lain. Benarlah Allah mencintai orang yang sangat suka bersuci.

Tags
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also

Close
Close