Dunia Buku

Hikmah

“Sesungguhnya, di sebalik tiap-tiap kesusahan, ada kemudahan.”
(Al-Insyirah : 6)

Hidup ini adalah ujian. Namun, Allah berjanji dua kali dalam suruh Al-Insyirah dengan mengatakan, di sebalik setiap kesusahan, ada kemudahan. Setiap perkara yang berlaku tersembunyi hikmah yang besar dalam kehidupan. Sesungguhnya, Allah tidak memberikan apa yang kita mahu, tetapi Allah akan memberikan apa yang kita perlu.

HIKMAH adalah himpunan perkongsian dari hati ke hati tentang iktibar dan pengajaran daripada kehidupan para pencinta Tuhan. Setiap satu cerpen mempunyai rasa yang berbeza, bahkan setiap kali dibaca, ia ibarat mencicip manisan baklava turki – manis, lembut tetapi rangup dan membangkit rasa teruja!

7 penulis, 7 cerita, 7 perkongsian, 7 HIKMAH.

Tidak ada kejadian yang tidak berharga. Yang ada hanyalah ketidakmampuan merefleksi hikmah kejadian dan menumbuhkan hati.

Setiap kali sukar dan gusar, kembali semula pada Tuhan Penghapus Kesedihan. Percaya bahawa setiap jalan ini tersembunyi hikmah yang Tuhan tentukan khas untuk kita, hambanya.

Tags
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also

Close
Close