ArtikelIbadahSoal Jawab

Hukum korek telinga/hidung ketika sedang berpuasa

Bulan Ramadhan adalah bulan bulan diturunkannya Al-Qur’an. Al-Quran adalah petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil)
(Al-Baqarah : 185)

Perbuatan mengorek telinga atau hidung dalam keadaan berpuasa perlu ditinjau sama ada sampai atau tidak perbuatan itu pada rongga dalam. Jika sampai ke rongga dalam, maka batal puasanya. Dan jika perbuatan mengorek itu tidak sampai ke rongga dalam, maka tidak batal puasanya. Disyaratkan juga perbuatan mengorek telinga itu bukan dalam keadaan sedar atau sengaja. Jika dalam keadaan sedar atau sengaja, maka batal puasanya. Ini sepertimana yang telah dijelaskan oleh para ulama’ yang muktabar.

Syaikh Zainuddin bin Abdul Aziz al-Malibary berkata di dalam kitabnya, Fath al-Mu’in, ertinya:

“Batal puasa disebabkan masuknya benda ‘ain (yang jelas, dapat dilihat) sekalipun hanya sedikit ke dalam (bahagian) yang disebut jauf; rongga dalam.”

Syaikh Taqiyuddin Abu Bakar Al-Husaini juga berkata perkara yang sama di dalam kitabnya, Kifayatul Akhyar (Hlm. 286, Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah, Beirut), ertinya;

“Ketahuilah, orang yang berpuasa itu berkewajipan menahan dirinya dari segala sesuatu yang boleh membatalkan puasanya. Antara perkara yang dapat membatalkan puasanya ada bermacam-macam. Di antaranya ialah makan dan minum dengan sengaja walaupun sedikit. Seperti itu juga dengan makan. Jadi, ketentuannya ialah batal puasa dengan masuknya suatu benda, dari luar badan ke dalam badan, melalui lubang yang terbuka, dengan sengaja, dan ingat (sedar) akan puasanya. Syarat ‘dalam badan’ ialah masuk ke dalam Jauf (rongga dalam). Walapun benda yang masuk tak berubah warna dan demikianlah yang sahih.”

Kesimpulannya, apabila masuk sesuatu ‘ain (benda yang dapat dilihat) ke rongga dalam, menerusi rongga yang terbuka seperti perbuatan mengorek telinga atau hidung, dengan sengaja dan sedar sedang berpuasa, maka batal puasanya di sisi mazhab Syafi’e.

Dipetik daripada : jomfaham.blogspot.com

Tags
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close