ArtikelKeluarga

Keluarga bahagia, remaja gembira

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang-orang yang bertakwa.”
(Al-Furqan : 74)

Keluarga adalah unit asas sosial yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak lalu membentuk satu kumpulan. Setiap keluarga mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Keluarga dapat berfungsi dengan baik jika setiap ahli bergaul dengan baik, tidak merasa tertekan mahupun sedih.

Setiap insan inginkan keluarga yang berfungsi dan tahu akan kesan buruk akibat keruntuhan rumahtangga. Banyak faedah yang diperoleh jika keluarga bahagia dan bersatu padu. Kebahagiaan berkait rapat dengan perubahan kualiti hubungan keluarga. Namun, hubungan kekeluargaan yang rapat dan keluarga yang stabil amat diperlukan oleh kanak-kanak dan remaja.

Keluarga yang berpecah belah sering mengalami konflik, salah laku, penderaan sehingga menyebabkan ahlinya turut berkelakuan sedemikian.

Apabila keluarga bahagia, anak-anak turut gembira dan begitu jugalah sebaliknya. Remaja yang kekurangan kasih sayang mudah terpengaruh dengan kemudahan teknologi di sekeliling mereka, contohnya rakan di alam maya. Mereka kurang mahir mengawal emosi dan mudah dipengaruhi oleh media (termasuk internet dan telefon mudah alih).

Panduan ibu bapa demi kebahagiaan keluarga

Hormati pandangan dan pendapat setiap ahli keluarga. Sayang menyayangilah antara satu sama lain. Kanak-kanak suka mendengar kisah ibu bapa semasa remaja dan di tempat kerja. Tunjukkan contoh berkasih sayang kepada anak-anak. Jika ibu bapa melayani pasangan dengan baik, anak-anak turut berkelakuan baik kepada orang lain.

Jadikan masa makan waktu bersama keluarga. Ini merupakan masa yang sesuai untuk berhubung. Berbuallah dengan anak-anak. Makan bersama keluarga adalah cara yang paling mudah untuk menghabiskan bersama keluarga dan berhubung.

Jika anak-anak tidak seronok di rumah, anak-anak akan mencari keseronokan di tempat lain. Bawa keluarga melakukan aktiviti bersama setiap hujung minggu. Hargai masa bersama keluarga. Jangan tinggikan suara di rumah. Meninggikan suara bermakna ibu bapa gagal mengawal keadaan.


Apa yang perlu dilakukan?

  1. Pastikan setiap ahli keluarga berkomunikasi antara satu sama lain dengan berkesan.
  2. Berkongsi cerita dengan anak-anak
  3. Makanlah bersama-sama keluarga
  4. Mainlah bersama-sama anak-anak
  5. Utamakan keluarga berbanding rakan & gadjet semasa di rumah
  6. Lakukan sesuatu yang menyeronokkan bersama-sama kerana kanak-kanak gemar keseronokan
  7. Wujudkan aktiviti rutin keluarga
  8. Pastikan suasana di rumah tenang
  9. Jangan bertengkar di hadapan anak-anak
  10. Personaliti setiap anak adalah unik dan berbeza-beza. Keunikan menjadikan setiap anak istimewa, dan anak-anak harus berbangga dengan keunikan diri masing-masing.

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan) yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
(Surah Ar-Rum : 21)

Dipetik daripada : myhealth.gov.my

Tags
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also

Close
Close