Dunia BukuFaris Zulkharnane

Kematian Yang Diredhai

Sesungguhnya kematian adalah haq (pasti terjadi), tidak dapat disangkal lagi.

“Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah ‘Sakaratulmaut’ membawa kebenaran yang sering diingkari. Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!”
(Qaaf:19)

Buku Kematian Yang Diredhai ini menceritakan tentang pendakwah muda, Ustaz Mohd Murtadzo bin Mohd Yusoff yang kurang dikenali semasa hayatnya namun, diangkat oleh Allah dengan kematian yang dicemburui ramai.

Beliau dikenali kerana sifat-sifatnya yang disenangi ramai orang yang membuatkan dirinya lebih terkenal setelah beliau meninggal dunia. Arwah terlibat dalam kemalangan selepas pulang berdakwah dari Riau, Indonesia.

Buku ini merupakan tulisan Ustaz Yaakub Yusra iaitu adik arwah sendiri dan Muhammad Faris Zulkharnane. Dalam buku ini juga mengandungi perkongsian mengenai arwah Ustaz Murtadzo oleh orang awam yang mengenali beliau dan dari kaca mata keluarga.

Buku ini juga merungkai amalan-amalan arwah semasa di dunia sehingga kematiannya menjadi kematian yang diredhai dan dicemburui ramai.

“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.”
(Ali-Imran:185)

Tags
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close