ArtikelHeliza HelmiMotivasi

Kerana 10 Sen

Ada seorang imam yang hampir setiap hari akan menaiki bas. Kisah ini berlaku dalam 20 tahun yang lalu. Harga tambang bas pada ketika itu ialah 20 sen, dan imam membayar 30 sen kepada pemandu bas tersebut. Kemudian pemandu bas itu akan memulangkan kembali baki tambang sebanyak 10 sen kepada imam tadi.

Satu hari pemandu bas terberi lebih 20 sen yang mana sepatutnya wang perlu dikembalikan ialah 10 sen. Imam perasan baki diberikan oleh pemandu bas itu telah lebih daripada yang sepatutnya.

“Eh, ni dah terlebih bagi baki ni.” Fikir imam tersebut.

“Alaa 10 sen je, lagipun dia terlebih bagi, mungkin dia memang nak bagi diskaun lebih hari ini kot, kalau tak pulangkan pun takpe sebab 10 sen je.”

Terdetik dalam hati imam itu.

Apabila hendak sampai ke destinasi iaitu masjid, ketika imam hendak turun, imam terdetik balik dalam hati,

“Takpelah, bagi la balik 10 sen ni kat pemandu bas.”

Lalu, turunlah imam dari bas dan kemudian masuk ke masjid.

Petang itu, tiba-tiba ada seseorang mengetuk pintu bilik imam.

“Eh, macam rupa pemandu bas yang aku selalu naik ni.”

Lalu, imam bertanya, “Ya, ada apa?”

Pemandu bas itu berkata, “Aku nak masuk Islam.”

Imam bertanya, “Apa yang menyebabkan kamu nak masuk Islam?”

Jawapan pemandu bas ini sungguh mengejutkan!

“Sebenarnya sudah lama saya perhatikan imam. Tiap-tiap pagi imam naik bas saya, dan saya tau imam ketua orang Islam kat sini. Pagi tadi saya sengaja uji, nak tengok orang Islam amanah ke tak. Jadi saya sengaja bagi lebih 10 sen nak tengok imam amanah ke tak. Bila imam pulangkan kembali baki itu, hati saya tersentuh dan memang benar Islam adalah agama yang amanah.”

Bila imam dengar, dia rasa nak rebah. Hatinya berkata,

“Aku baru hampir-hampir menyebabkan orang tak jadi masuk Islam kerana 10 sen. Nanti pemandu bas akan fikir sampai bila-bila orang Islam tak amanah kerana nilai 10 sen tu dan menyebabkan orang tak jadi untuk masuk Islam.”

Kadang-kadang kita rasa apa kita buat ini nampak macam kecil, tapi benda kecil inilah yang akan bagi kesan yang besar. Contohnya, kita ada jiran bukan Islam, disebabkan benda kecil yang kita buat, boleh jadi dia akan jatuh hati dengan Islam. Mungkin kita rasa benda itu kecil, tapi menyebabkan dia akan rasa jauh dari Islam. Jadi kita kena hati-hati sangat dengan apa jua yang kita lakukan.

Tags
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close