Dunia BukuFaris ZulkharnaneHeliza HelmiUstaz Syed Kadir Aljoofre

Kun Anta

“Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.”
(Al-A’raf: 23)

Bagaimana ingin menjadi diri sendiri namun masih berpaut pada jalan Ilahi?

Buku ini ditulis oleh 3 orang penulis iaitu ustaz @syedkadir, @helizahelmi dan @fariszulkharnane. 33 cerita termasuklah kisah benar, kisah motivasi, serta cerita-cerita pengajaran daripada para ulama’.

Buku cetakan ke-3 ini merangkumi pelabagai cerita disamping illustrasi menarik dan halaman berwarna. Buku Kun Anta ini diadunkan dengan kisah-kisah motivasi dan inspirasi yang bakal memberikan suntikan semangat baru kepada kita semua. Pelbagai pengajaran dapat diperoleh dalam menghidupkan semula jiwa-jiwa gundah yang tak percaya pada diri.

Sebahagian daripada kisah-kisah ini juga berdasarkan pengalaman yang dialami oleh penulis sendiri dan dikumpulkan untuk manfaat kita semua.

KUN ANTA = BE YOURSELF


Mengapa malu nak jadi diri sendiri?
Mengapa ingin memakai topeng 24 jam semata untuk memuaskan hati orang lain?
Mengapa perlu berpura-pura?

Jom! Sama-sama kita selami setiap cerita untuk kita mengenali diri, serta percaya dengan kebolehan diri sendiri dan akhirnya percaya yang Tuhan mengurniakan kita kekuatan hakiki dalam diri masing-masing.

Tags
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close