Dunia Buku

Neraka Di Mulutmu

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam.”
(Riwayat Bukhari)

Buku Neraka di Mulutmu ini adalah sebuah buku tasawwuf yang membincangkan secara khusus tentang salah satu daripada tujuh anggota tubuh badan yang wajib dijaga oleh setiap muslim iaitu mulut/lidah ini.

Ramai orang tidak sedar bahawa dia menambah dosa hanya dengan pergerakan lidah. Ini kerana, tidak berlalu satu hari pun melainkan dengan membuka mulut dan bercakap. Buku ini akan membantu pembaca seterusnya menyedarkan diri mereka akan bahaya yang datang dari mulut mereka.

Daripada pelbagai nikmat Allah yang tidak terhitung, lidah ialah sebuah nikmat yang wajib disyukuri. Dengannya manusia dapat membaca kitabullah dan hadis nabawiyyah. Dengannya juga kita mampu berzikir dan berselawat serta berkomunikasi sesama kita.

“Sesiapa yang Allah lindungi dari dua kejahatan yang ada pada mereka akan dimasukkan kedalam syurga, (dua kejahatan itu ialah) apa yang berada di antara dua rahangnya dan dua pehanya.”
(Riwayat Muwatta)

Tags
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also

Close
Close