Artikel
Trending

Pendapat Yang Benar Tentang Hukum Puasa Di Bulan Muharram & Waktunya

Para ulama’ telah sepakat tentang keutamaan puasa di bulan Muharram. Namun terdapat perselisihan pendapat di antara mereka tentang hukum dan waktunya. Ada sebahagian pendapat yang mengatakan wajib, tetapi jumhur ulama’ berpendapat hukumnya adalah sunnah. Demikian pula tentang waktunya, mereka berselisih pendapat. Di antara pendapat-pendapat tersebut adalah :

  • Hari yang ke-10 sahaja.
  • Hari ke-9 dan ke-10.
  • Hari yang ke-9 dan ke-10 atau hari yang ke-10 dan ke-11 berdasarkan dalil-dalil yang menerangkan diwajibkannya untuk menyelisihkan Ahlul Kitab.
  • Hari yang ke-9 sahaja berdasarkan hadith-hadith Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah ﷺ bersabda :

“Sungguh jika aku masih hidup hingga tahun mendatang, aku akan berpuasa di hari yang kesembilan”. (Hadith Riwayat Muslim)

Dari pendapat-pendapat di atas, yang paling mendekati kebenaran adalah pendapat kedua yang menyatakan disyari’atkan puasa di bulan Muharram di hari yang ke-9 dan ke-10. Pendapat ini yang diikuti kebanyakan para ulama’ seperti Imam Syafi’e, Imam Ahmad, Ishaq bin Rahawaih, Ibnul Qayyim dan lain-lain dari selain mereka.

Hal ini berdasarkan gabungan hadith-hadith yang zahir Rasulullah ﷺ melakukan puasa di hari ke-10 sebagaimana dalam hadith Ibnu ‘Abbas, Abu Hurairah dan Abu Qatadah yang sebelumnya, dengan hadith yang zahir bahawa beliau berniat untuk berpuasa di hari yang kesembilan sebagaimana hadith Ibnu ‘Abbas yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Dipetik daripada buku ’10 Hari Kebesaran Islam’, tulisan Ustaz Rusydi Ramli Al-Jauhari

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close