Artikel
Trending

Pengertian Hijrah

Pada Bahasa :
Perpindahan dari suatu tempat
ke satu tempat

Dari Segi Istilah :
Perpindahan Rasulullah ﷺ dan orang-orang Islam
dari Makkah ke Madinah

Ma’a (مع) bermaksud ‘bersama’ manakala Hijrah (هجرة) bermaksud ‘berpindah’. Dua perkataan yang disatukan menjadi Ma’al Hijrah ini adalah tema kepada sambutan memperingati Hijrah Rasulullah ﷺ ke Madinah tetapi kini menjadi nama kepada sambutan tersebut.

Jika diamati, terdapat tuntutan dari istilah tersebut iaitu tuntutan untuk sama-sama berhijrah. Cuma tuntutan berhijrah dari sudut fizikal sudah tidak ada selepas pembukaan Kota Makkah, namun yang tinggal adalah hijrah dari sudut niat dan jihad sebagaimana hadis Nabi ﷺ :

وعن ابن عباس رضي الله عنهما – قال : قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم : لا هجرة بعد الفتح ولكن جهاد ونية

متفق عليه

Maksudnya : Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda : “Tidak ada hijrah selepas pembukaan Kota Mekah melainkan jihad dan niat”. (Muttafaqun ‘Alaih)

Hari Ma’al Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan 2 peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.

  • Pertama : Memperingati penghijrahan Nabi Muhammad
    ﷺ dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
  • Kedua : Merupakan permulaan Kalendar Islam.

Hari Ma’al Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun baru hijrah bagi umat Islam.

Dipetik daripada buku ’10 Hari Kebesaran Islam’, tulisan Ustaz Rusydi Ramli Al-Jauhari

Tags
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close