ArtikelCintaKeluarga
Trending

Suami Hodoh, Isteri Cantik

Diceritakan oleh Al-Imam Al-Asma’ie rahimahullah. Aku masuk ke sebuah kampung Badwi, lalu aku bertemu dengan seorang wanita yang cantik bersuamikan seorang lelaki yang hodoh. Lalu aku bertanya kepada wanita itu :

“Adakah kamu redha bersuamikan lelaki seumpama ini?”

Maka jawab wanita itu :

“Diam! Sesungguhnya kamu telah berkata sesuatu yang buruk. Kemungkinan pada suatu ketika dahulu suamiku pernah melakukan ketaatan kepada Allah. Lalu Allah membalas kebaikannya dengan menjadikan aku sebagai isterinya atau aku yang pernah melakukan maksiat kepada Allah lalu Allah membalas keburukanku dengan menjadikan dia sebagai suamiku. Maka adakah aku tidak redha terhadap apa yang Allah redha buatku?”

Lalu kata Imam Al-Asma’ie rahimahullah :

“Wanita tersebut telah mendiamkan aku.”


1. Wajah bukanlah segalanya-galanya. Pilihlah kerana agamanya. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Seseorang wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah yang beragama, pasti kamu beruntung.” (Riwayat Muslim)

2. Jodoh dan ajal merupakan ketetapan Tuhan. Usah dipertikaikan.

3. Bersangka baiklah dengan ketentuan Allah.

“Barangkali kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah : 216)

Tags
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also

Close
Close