Dunia BukuUstaz Syed Kadir Aljoofre

Syoknya Solat

“Sesungguhnya perkara pertama yang bakal dihisab dengannya pada seseorang hamba daripada amalannya ialah solatnya. Sekiranya baik solatnya, sesungguhnya dia telah selamat dan berjaya. Sekiranya rosak, sesungguhnya dia telah rugi.”

(Riwayat Al-Imam At-Tirmizi, Al-Imam Abu Daud dan selain mereka Rahimahumullah)

Buku tulisan Ustaz Syed Kadir dan Ustaz Syukri Nazar ini bakal membuktikan kepada anda bahawa, solat itu seronok!

Buku ini merangkumi pelbagai peringkat, termasuklah persediaan mendirikan solat fardhu, wudhu, pakaian ketika solat,rukun solat sehinggalah kepada kesan solat kepada akhlak dan peribadi mukmin.

Buku ini juga menceritakan langkah demi langkah ke arah menjadikan solat lebih baik, lebih dirasai, lebih syok dan lebih khusyuk. Buku yang berwarna dan bergambar ini akan membantu para pembaca untuk lebih khusyuk di dalam solat, insyaAllah. Buku ini merangkumi pelbagai peringkat, termasuklah persediaan mendirikan solat fardhu, wudhu, pakaian ketika solat,rukun solat sehinggalah kepada kesan solat kepada akhlak dan peribadi mukmin.


Antara isi kandungan lain dalam buku ini adalah :

  • Persediaan solat dalam kesibukan dunia di siang hari.
  • Wudhuk yang sempurna.
  • Peringkat-peringkat solat (wudhuk, pakaian, rukun solat, zikir dan lain-lain)
  • Monolog hati vs godaan syaitan.
  • Kesan solat dalam pembentukan akhlak.

Alangkah indahnya jika kita, keluarga kita, dan masyarakat dapat merasai syoknya solat sehingga selalu merindui solat sekaligus menjiwai solat dalam kehidupan seharian.

“SOLAT KHUSYUK MENDIDIK HATI. MEMBINA RASA BERTUHAN”

Tags
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close