ArtikelIsu Semasa

La Tahzan, Innallaha Ma’ana!

Ketika dunia sedang berhempas-pulas menangani wabak COVID-19, ada belahan dunia yang sedang berlaku peperangan yang tiada sudah-sudahnya. Dimanakah kawasan tersebut?

Gaza, Palestin.

Jika kita menyoroti sejarah, teramat panjang konflik yang berlaku di tanah suci ketiga umat Islam ini. Sejak 1948, Zionis cuba merampas keseluruhan tanah Palestin bagi mewujudkan sebuah negara bernama Israel.

Mengapa Palestin Jadi Rebutan?

Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia.

Konflik perebutan Palestin ini bukanlah sesuatu yang baharu, kerana dari sinilah bermula sejarah keagamaan yang amat panjang antara Yahudi, Islam dan Nasrani.

Namun, pertumpahan darah sering berlaku antara Yahudi dan Islam, kerana bangsa Yahudi merasa lebih berhak ke atas tanah suci ini berikutan salasilah para Nabi dan Rasul banyak berasal daripada mereka.

Bagaimanapun, perkara ini dapat dipatahkan oleh umat Islam dua kali, iaitu ketika pemerintahan Umar Al-Khattab dan pembebesan semula oleh Salahuddin Al-Ayyubi.

Dek kerana perasaan tidak puas hati, sebuah organisasi iaitu Pertubuhan Zionis Dunia ditubuhkan pada 1897. Ketika itu, kerjaan Turki Uthmaniyah berada di ambang kejatuhan ekoran konflik luaran dan dalaman yang berlaku.

Pertempuran Semasa

Ketika ini, setelah lebih enam dekad, Palestin yang didukung oleh HAMAS sedang giat melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap kawasan petempatan Zionis. Mereka mensasarkan kawasan-kawasan yang mampu melumpuhkan pergerakan sekaligus mampu merudumkan psikologi pihak lawan.

Dunia sedang membuka mata terhadap keganasan Rejim Zionis kepada penduduk asal Palestin, termasuklah Malaysia. Pelbagai reaksi berbaur ancaman dan kecaman ditujukan kepada pentadbiran Zionis untuk menghentikan sebarang serangan.

Ayuh, sama-sama kita mendoakan saudara seakidah kita disana. Sesungguhnya doa adalah senjata bagi umat Islam! Janganlah bersedih, Allah bersama kita!

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close